Kejarlah akhirat

Dulu, acapkali rasa diri ni tak berguna sebab tak mampu nak jana pendapatan yang lumayan. Ada ijazah tapi sekarang kerja lepasan orang spm. Betapa kita memandang rendah pada diri sendiri tetapi tanpa kita sedar, kita juga memandang rendah pada orang lain. MasyaAllah. 

Dulu pernah bekerja di syarikat swasta dan sememangnya kena dengan kos yang diambil. Bergaji besar, perform well. Dapat peluang sambung master. Pokok pangkalnya kita di kemuncak developing my career la omputih cakap. Tapi, HATI KOSONG. Jadi kita buat keputusan untuk tinggalkan syarikat, gaji dan career untuk cari ketenangan hati.

Pernah rasa tak? Kalau tak pernah rasa kita doakan anda semua tak rasa apa yang kita rasa. Sebab apa hati kosong?

1. Jauh dari ALLAH
Kita bekerja dengan syarikat cindian (ex bos kacukan Cina dan India). Jadi environment memang tak islamic. Meeting pada waktu solat . Ada event tapi solat terkejar-kejar .Waktu bekerja tak boleh tinggal sekejap untuk solat. Tengok tu, kerja lebih penting dari solat .MasyaAllah. Allah yang memberi rezeki .Tapi kita buat solat sambil lewa.

2. Terlalu inginkan career development
Ya, kita adalah independent woman. Dah habis belajar, dapat CGPA yang okay, mestilah nak grow dalam career. Dalam masa asyik berusaha supaya ex bos nampak effort kita, kita lupa menadah tangan pada Sang Pencipta. Kita melebihkan selainNya.



Jadi, hati yang kosong ni Alhamdulillah Allah berikan ketenangan bila kita cuba mendekatkan diri kepadaNya. Bila difikirkan semula, kita sedikit pun tak pernah menyesal berhenti kerja dan meninggalkan segala yang pernah kita ada dulu. Walaupun sekarang kerja biasa-biasa, tetapi kita rasa seronok. =)

No comments:

Post a Comment

Nak hati tenang? Follow tips ni

Hubby pernah cakap kalau kita mula hari kita dengan terlajak solat Subuh alamatnya satu hari tu tak keruan, ada je yang tak kena, rasa nak ...