Den
pergi ASNB cawangan Putrajaya untuk membuat jualan balik ASNB melalui KWSP.
Maksud jualan balik bukannya kita nak jual duit kita tu, tapi bermaksud kita
masukkan duit yang diparking di dalam ASB2 ke dalam KWSP kita. Den mula-mula
dengar jualan balik pun pening apa maksudnya. Hihi.
Caranya
sangat mudah, cepat, efisyen.
1. Pergi
ke front kaunter
Officer
akan beri borang “Jualan Balik” atau dipanggil “Borang Merah”. Borang ini mesti
di isi properly sebab walaupun tersalah isi, anda perlu mengisi semula. Isi
bahagian depan dan belakang borang.
2. Cek
amount ASB2 yang di invest melalui KWSP di kiosk ASNB
Ikut
sahaja arahan di kiosk ASNB yang ditampal. Pekerja ASNB sangat observance.
Kalau anda tergaru-garu tak tahu caranya, sekejap je pekerja ASNB berada di
belakang, dikiri atau kanan anda untuk membantu. Anda perlu print penyata ASB2
sahaja dan dapatkan resit. Anda akan mendapat email daripada ASNB “Semak Baki
Pemegang Unit ASNB”. Tulis nombor ahli dan SPA KWSP di dalam borang merah.
3. Ambil
nombor giliran
Pergi
semula ke front kaunter dan officer akan cek borang merah anda.
4. Di kaunter
pertama
Officer
akan mengambil borang merah dan IC anda. Selepas itu anda perlu tunggu sekali
lagi. Tapi jangan risau, waktu menunggu sangat cepat dan pantas. Masa den
menunggu, system hang. Immediately officer datang untuk beritahu den “maaf
puan, system hang sekejap”. Den terasa seperti bos besar dilayan sedemikian.
Padahal den tunggu tak sampai dua minit pun.
5. Di
kaunter kedua
Selepas
dipanggil sekali lagi di kaunter kedua, officer hanya mahukan thumbprint anda
secara elektronik dan manual. Sekejap sahaja dan you are done.
Sangat
mudah kan. Adakah anda pernah membuat jualan balik ASB2 melalui KWSP?
Izzysopeasy.blogspot.com.my





No comments:
Post a Comment