Shopping di Sen Heng menggunakan rebat Kad Kredit


Sen Heng boleh dikategorikan pusat membeli belah untuk barangan elektrik. Mesti ramai yang confuse perbezaan antara Sen Heng dan Sen-Q. Kedua-duanya adalah syarikat yang sama. Sen Heng berada di bangunan kedai. Manakala Sen-Q berada di dalam shopping mall. Den tak tanya pula kenapa namanya berbeza-beza.

Setiap orang mesti ada Kad Kredit kan. Tapi, ramai ke yang tahu apa kelebihan Kad Kredit masing-masing? Atau hanya tahu satu kelebihan Kad Kredit iaitu boleh membuat kredit walaupun tiada duit dan menunjukkan anda kaya? Wah! Jika itulah pemikiran anda, anda mesti belajar financial management ni.

Sebagai contoh Kad Kredit Maybank ada menyediakan rebat apabila anda isi petrol di Petronas dan rebat akan menjadi lebih banyak jika diisi pada hari minggu (Sabtu dan Ahad). Banyak tu tak adalah sampai beratus ringgit tapi best lah tengok ada dapat rebat daripada tak dapat apa-apa. Ye dak? Dan rebat yang anda dapat ini boleh digunakan untuk membayar barangan elektrik yang anda beli di Sen Heng atau Sen Q. Seronokkan! Yes den seronok!

Selalu sebelum pergi Sen Heng atau Sen-Q mesti anda sudah ada plan nak beli apa kan. Contoh nak beli mesin basuh, televisyen dan sebagainya. Selalunya barangan elektrik fizikal yang dipaparkan di Sen Heng atau Sen-Q tidak termasuk kesemua stok yang mereka ada. Kita sebagai pembeli boleh pergi ke website Sen Heng. Banyak yang ditawarkan di Sen Heng. Jadi nak senang, boleh belek website Sen Heng siap-siap sebelum melangkah masuk ke kedai. Mudahkan plan ahead.

Bila dah confirm nak beli apa, mesti nak buat pembayaran kan. Di bawah adalah step mudah bagaimana nak menggunakan kad kredit yang sebenarnya bukan hanya untuk menambahkan kredit anda tapi menggunakan rebat yang ada di dalam kad kredit itu sendiri.

1.       Download apps Sen heng di aplikasi android/iphone
Ikutlah nak download siap-siap atau download kat Sen Heng. Den dulu download kat Sen Heng je. Pekerja Sen Heng sabar je tunggu suami den download apps ni. Nasib baik internet laju.




2.       Register sebagai member ketika membuat pembayaran
Pekerja Sen Heng sangat bagus dan mereka suka bila kita minta explain. Tanya je apa-apa mesti pekerja layan. Bila dah register boleh log in. Kat dalam tu macam-macam ada.






3.       Bayar menggunakan Kad Kredit yang mempunyai rebat
Den guna Kad Kredit Maybank. Kalau tak sure samaada Kad Kredit ini mempunyai rebat atau tidak, senang aja. Boleh minta tolong pekerja Sen Heng cekkan. Sangat mudah kan. Tak tahu tanya pekerja. Sebab bila tak tanya sesat jalan. Sampai bila lah tak tau. Selepas membuat pembayaran, invoice hardcopy akan diberikan dan resit disediakan online. Log in je apps Sen Heng, ada je resit pembelian.




Easy peasy. Jom beli barang di Sen Heng. Suami den tak suka shopping tapi bila ajak pergi Sen heng, laju je. Kui kui.

Pernahkah anda membeli belah di Sen Heng? Anda boleh tinggalkan komen untuk berkongsi keterujaan anda!!


Izzysopeasy.blogspot.com.my

No comments:

Post a Comment

Nak hati tenang? Follow tips ni

Hubby pernah cakap kalau kita mula hari kita dengan terlajak solat Subuh alamatnya satu hari tu tak keruan, ada je yang tak kena, rasa nak ...