Kawal amarahmu!

Hari ini terasa moody tersangat-sangat. Bila datang sekolah nak mengajar dan ada murid yang tak mendengar kata, mudah sangat melenting. Sesi pdp sangat tak seronok.

Lepas balik dari sekolah terus cerita apa yang jadi pada hubby. Macam biasa, kita ada suami yang sangat menenangkan. Nasihat dia, KAWAL AMARAH. MasyaAllah.

Lepas solat maghrib terus bermuhasabah diri. Apabila hari yang kita jalani terasa seperti tidak sempurna, jadi kemungkinan besar datangnya dari diri kita sendiri.

1. Muhasabah solat
Ya, kita solat setiap hari. Tetapi, mungkin ada zikir yang digalakkan kita tinggalkan, atau kita hanya laksanakan mana yang wajib sahaja. Yang sunat ditinggalkan.

2. Kurangnya beristighfar
Berzikir ni perlu sentiasa diingat. Tampallah reminder didepan cermin sebagai panduan. Mungkin hari sebelum ini kita banyak beristighfar, tetapi hari ini kurang beristighfar disebabkan terlalu sibuk dengan kerja.

3. Cek hati
Kemungkinan kita ego. Ego dengan anak-anak. MasyaAllah. Sama ada kita marah atau tidak kepada murid yang menyakitkan hati kita, wajib memohon maaf. WAJIB. Dalam masa yang sama kita ajar mereka bermaaf-maafan. Kedudukan yang tua tidak akan jatuh apabila memohon maaf daripada yang muda.


Bila terbaca kisah arwah abam dan kebaikan beliau, nak ke kita yang tak tahu bila ajal kita akan diingati dengan seorang yang tak mampu mengawal amarah. Nauzubillah. 

No comments:

Post a Comment

Nak hati tenang? Follow tips ni

Hubby pernah cakap kalau kita mula hari kita dengan terlajak solat Subuh alamatnya satu hari tu tak keruan, ada je yang tak kena, rasa nak ...