Pengalaman interview master di UKM pada tahun 2018. Masa tu agak ramai candidate dan perlu tunggu sampai petang.
Dalam bilik interview, ingatkan ada seorang dua tetapi ada 7 orang interviewer plus ada seorang admin untuk menaip segala jawapan kita .Fuhh.
Soalan pertama yang ditanya adalah berkenaan dengan statistic which is ingat tak ingat. Dan soalan seterusnya adalah berkenaan dengan theory . They do not bother sama ada you ada pengalaman kerja atau tidak. Yang mereka concern adalah ilmu tentang kos yang kita apply. Bagi mereka, kita sepatutnya put on extra effort study tentang kos yang kita apply instead of kita jawab tak tahu tentang theory yang ditanya.
Bila tak dapat jawab, kita rasa intimidating dengan ayat-ayat interviewer. Ada yang perli kita on the spot, ada yang terus cakap I am not the right candidate. Tapi ada interviewer yang berperikemanusiaan, masih menghormati kita sebagai interviewee . Cuba buat keadaan yang agak intimidating tu menjadi cool. Thank you doctor. Tapi, on positive side, mungkin interviewer penat dengan segala jawapan merapu dari interviewee. Sebab tu kita yang di interviewe last ni dia main cakap lepas je .Huhu .
Tapi dapat interview dengan public uni ni adalah pengalaman yang sangat bermakna kerana mereka memang tekankan akan ilmu. Almaklumlah Research Universiti. Tak dapat jawab soalan statistic mestilah buat mereka rasa kita buat candidate yang terbaik as UKM Master student kan =)

No comments:
Post a Comment