Suami
den baru dapat kerja baru dan memerlukan beliau untuk membuat pengakuan sumpah.
Pertama kali den dengar nak dapatkan kerja baru perlu membuat pengakuan
sumpah. Hehe. Jadi kami pergi ke Istana Kehakiman Putrajaya. Nama pun istana mesti
lah besar bak istana kan. Kui kui.
Prosedur
membuat pengakuan sumpah sangat mudah.
1.
Pergi ke kaunter 9 untuk
mengambil nombor.
Nombor akan diberikan secara manual. Tunggu
sehingga nombor dipanggil.
2. Officer akan memanggil anda ke kaunter
Selepas dipanggil, officer akan tanya dengan lebih terperinci mengapa mahu membuat pengakuan sumpah. Jawapan ini ikut anda sendiri mengapa anda mahu
membuat pengakuan sumpah. Officer juga akan minta borang untuk membuat
pengakuan sumpah.
3.
Pergi ke kaunter bayaran
Pergi ke kaunter 10, 11 atau 12 tidak perlu ambil
nombor. Terus ke kaunter bayaran jika tiada orang lain berada di kaunter.
Please take note, pembayaran perlu dijelaskan sebanyak RM4 menggunakan DEBIT
KAD. Boleh menggunakan cash tetapi mempunyai prosedur yang lain.
4.
Buat pengakuan sumpah
Terus ke kaunter 13 atau 14 untuk membuat
pengakuan sumpah. Di kaunter ini juga tidak memerlukan anda untuk mengambil
nombor. Terus ke kaunter jika tiada orang lain berada di kaunter.
Servis
di kaunter pesuruhjaya sumpah sangat efisyen. Kurang dari lima minit pengakuan
sumpah selesai. Selepas semua selesai,
anda akan diberikan bil rasmi dan juga resit pembayaran.
Mudah
kan? Mungkin anda berpengalaman membuat pengakuan sumpah, sila kongsikan di
ruangan komen.




No comments:
Post a Comment