Beberapa hari lepas bertalu-talu bank telefon untuk bertanya berkenaan dengan pembayaran Fire Insurance. Bulan ni agak sesak. Krik krik. Tapi kita explain keadaan kita pada pihak bank dan of course, mereka tidak mahu tahu apa masalah kita, yang mereka nak kita buat bayaran.
Kita pernah terdengar ceramah seorang ustaz, bila ada perkara buruk yang berlaku atau perkara yang membebankan kita, jangan terus melatah atau menyalahkan. Segera ucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal". Kerana, kita sedang bersangka baik dengan Allah. Allah mahu memberikan yang lebih baik kepada kita .Jadi, bila ada kesusahan yang berlaku, kita cuba praktikkan pemikiran bersangka baik dengan Allah. Tetapi dalam masa yang sama lakukan hal ini juga.
1. Yakin dengan Allah
Macam mana kita nak rasa kita yakin dengan Allah bilamana hati kita rasa tenang walaupun kita berada dalam masalah.
2. Berdoa
Allah suka akan hambanya yang memohon, merayu, meminta dan berharap dariNya .Jadi, selepas solat fardhu ringan-ringankan menadah tangan memohon dan berdoa.
3. Beristighfar
Banyakkan istighfar. Kita perlu memohon ampun kepada Allah. Perbaiki hubungan dengan Allah dulu baru Allah mengkabulkan doa dan permintaan kita. Dari beristighfar juga kita boleh dapat rezeki yang tidak disangka-sangka.
4. Beri wang kepada ibu dan bapa
Kadang-kadang bila kita susah dari segi kewangan, nak bersedeqah RM0.10 pun terasa berat. Apabila kita terasa susah tetapi dalam masa yang sama kita tidak berkira memberi wang kepada ibu ayah kita, sekejap je Allah kurniakan nikmat dan rezeki kepada kita.
5. Baca doa elak bebanan hutang
6 .Tahajud
Set di minda kita nak bangun tahajud. Mohon pada Allah waktu orang lain sedang tidur. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.
Jadi, teruslah bersangka baik dengan Sang Pencipta kita .InsyaAllah kita akan dikurniakan nikmat yang lebih baik.


No comments:
Post a Comment