Sebelum ni pernah terdetik dihati, kenapa kita hantar resume tapi tak dipanggil interview. Resume kita tak outstanding ke? Tapi, sejak mengandungkan Sarah, walaupun banyak komplikasi, rezeki interview tak putus-putus .Lagi-lagi selepas melahirkan Sarah. MasyaAllah. Dalam berpantang ada empat panggilan interview. Terasa senang sangat dapat interview kerja. Betullah anak itu pembawa rezeki.
Lepas 3 bulan Sarah lahir, ada seorang pengarah syarikat suruh hubby apply jawatan kosong yang akan dibuka tak lama lagi. Terkejut tak terkejut. Pengarah tu yang approach hubby untuk apply kerja. Rezeki tak pernah salah alamat. Terlalu banyak nikmat lepas dapat anak.
Nikmat yang lain, hubungan dengan emak ayah bertambah erat. Biasalah, dah dapat cucu kan. Tapi, kita boleh rasakan kasih sayang emak ayah bertambah. Dan bila dah ada anak sendiri ni, kita lebih menghargai emak ayah. Pengorbanan nak jaga anak sangat besar!
Ya, memang banyak yang nak di prepare dengan kehadiran anak, tapi, Allah akan mudahkan semua urusan kita.

No comments:
Post a Comment